Newest Post

| Sunday 24 February 2013
Read more »
Berkata al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ibn Syakir: "Ketahuilah saudaraku! Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada aku dan kamu untuk mendapat redhaNya serta menjadikan kita orang yang sentiasa takut dan takwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan. Sesungguhnya daging para ulama adalah beracun dan kebiasaannya telah dimaklumi bahawa Allah akan membinasakan orang yang menghina ulama. Sesungguhnya sesiapa yang menggunakan lidahnya dengan mencela / menfitnah para ulama maka Allah akan menurunkan bala kepadanya, iaitu sebelum matinya maka hatinya telah mati terlebih dahulu."

- Sebagai orang awam, haram kita menghina dan melaga-lagakan ulama. Sekiranya melihat ulama berbeza pendapat, jangan cepat menghukum dan melabel serta bersangka buruk. Benar mereka bukan maksum tetapi kita juga tidak maksum maka belajar! 

Telah berkata Imam Malik: "Sesungguhnya perbezaan pendapat di kalangan ulama' adalah rahmat dari Allah ke atas umat ini, setiap seseorang di kalangan mereka mengikut apa yang benar pada pandangannya, setiap dari mereka berada dalam petunjuk dan setiap dari mereka inginkan keredhaan Allah" (Kasyful Khafa' 1/68)
Posted by : Unknown
Date :Sunday 24 February 2013
With 0comments
▲Top▲